Back to All BLOG POSTS

Memperkasakan Masa Depan Melalui Pendidikan: Program Biasiswa MAKNA dengan sokongan BE International

Sedang dimuatkan...

Ketahui bagaimana komitmen berterusan BE International terhadap Program Biasiswa MAKNA dengan sokongan BE International membantu pelajar daripada keluarga yang terjejas akibat kanser mengatasi kekangan kewangan dan mengejar masa depan yang lebih cerah.    

 

 

Pendidikan dan Pembangunan Belia: Menyokong Pelajar daripada Keluarga yang Terjejas Akibat Kanser 

 

Pendidikan membuka pintu kepada pelbagai peluang dan memperkasakan golongan muda untuk membina masa depan yang lebih baik. Mengakui kepentingan pendidikan yang mudah diakses, BE International terus menyokong pelajar daripada keluarga yang terjejas akibat kanser menerusi Program Biasiswa MAKNA dengan sokongan BE International, dengan sumbangan tambahan sebanyak RM160,000 bagi tahun akademik 2026/2027. 

 

Sumbangan ini merupakan tahun kedua daripada komitmen BE International sebanyak RM320,000 kepada program tersebut bagi tempoh 2025 hingga 2027. Dengan sumbangan terkini, jumlah keseluruhan sokongan BE International kepada Program Biasiswa MAKNA mencecah RM520,000 sejak 2024.

 

Menjadikan Pendidikan Lebih Mudah Dicapai

 

BE International mula menyokong Program Biasiswa MAKNA pada tahun 2024 dengan sumbangan sebanyak RM200,000, membantu 141 pelajar bermula pada peringkat sekolah rendah hingga universiti untuk melanjutkan pelajaran walaupun berdepan kekangan kewangan keluarga akibat kanser.

 

Berdasarkan sumbangan awal ini, BE International komited untuk menyumbang sebanyak RM320,000 selama dua tahun. Pada tahun pertama, bantuan biasiswa sebanyak RM160,000 in telah memanfaatkan 123 pelajar daripada keluarga yang terjejas akibat kanser.

 

Melalui inisiatif ini, BE International berhasrat untuk meringankan beban kewangan keluarga yang terjejas serta membantu pelajar mengejar aspirasi pendidikan mereka. Sokongan ini mencerminkan pegangan syarikat bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi diri, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.

 

Pelaburan dalam Pendidikan, Mengilhamkan Masa Depan yang Lebih Cerah 

 

Sebahagian daripada teras BE Foundation, Pendidikan dan Pembangunan Belia, inisiatif ini mencerminkan komitmen untuk membuka peluang pendidikan kepada golongan muda. Dengan membantu pelajar kekal dalam perjalanan pendidikan, program ini bukan sahaja menyokong keperluan mendesak mereka, malah potensi mereka untuk membina masa depan yang lebih menjanjikan. 

 

Menerusi Program Biasiswa MAKNA dengan sokongan BE International, BE International berhasrat membawa perbezaan yang berpanjangan dalam kehidupan pelajar dan keluarga mereka. Komitmen berterusan ini mencerminkan kuasa usaha bersama dalam membantu golongan muda mengatasi cabaran, mengejar aspirasi pendidikan dan berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah. 

 

Apabila organisasi dan komuniti bersatu dengan empati dan tujuan yang jelas, bantuan dapat merentasi sempadan (BEyond borders), dan harapan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. 

 

Ketahui bagaimana BE Foundation terus menterjemahkan keprihatinan kepada tindakan dan membawa impak bermakna kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif filantropi.